Ada macam-macam jenis rumah yang kami selalu uruskan pemindahan barang-barang. Ada yang mudah dan ada juga yang sukar.

RUMAH TERES/BANGLO ATAU KATEGORI (LANDED/GROUND)

-rumah jenis ini memang kami bahagia, barang-barang senang dipindah masuk dan keluar lori. tempoh masa pemindahan juga akan jadi singkat dan pantas.

RUMAH KONDOMINIUM/APARTMENT

-Kebanyakan residensi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah dari jenis bertingkat dan ber lift. bezanya adalah saiz dan bilangan lif yang tersedia di setiap bangunan.

-Saiz lif Apartmen medium kos agak kecil dan terhad, bergantung kepada pihak pengurusannya yang menyelenggara. tugas di apartmen jenis ini akan jadi mudah sekiranya dibantu pihak pengurusan dengan membenarkan lif bergerak hanya pada tingkat yang diminta sahaja.

RUMAH PANGSA/PPR/FLAT

-Sesetengah rumah jenis ini tidak disediakan lif, hanya tangga bagi kemudahan penduduk turun dan naik. Barang pemindahan juga perlu berkongsi tangga dengan penduduk. Tugas di sini akan menjadi sukar dan tentunya akan melambatkan proses pemindahan. Tenaga kerja juga akan banyak digunakan disini.

-Rumah jenis ini paling tidak digemari oleh pekerja kerana mereka akan cepat kepenatan. Tapi walaubagaimanapun, tugas perlu diselesaikan, barang-barang akan dihantar ke rumah pindah yang baru dengan selamat.

Bagi pemindahan pejabat atau kilang, selalunya tidak menjadi beban kepada kami kerana mereka sudah tersedia dengan ‘forklift’ bagi mengangkat dan menurunkan barang.

Semua tempahan pelanggan akan kami layan sebaiknya. tidak kira jenis rumah, kami sedia membantu anda. Simpan dan hubungi no kami di talian untuk tempahan pindah rumah dan barangan anda.

*****012-9767430*****